Belanjawan 2025: Kenaikan STR Bujang dapat sambutan yang baik di Sarawak

Oleh: Nana Mohamad dan Winny

SIBU – Pengumuman penambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk kategori bujang kepada RM600 dalam Belanjawan 2025 disambut baik oleh warga Sarawak.

Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan golongan bujang di negeri ini.

Khairuddin Ayuphan, 30, salah seorang penerima STR bagi kategori bujang menyambut baik pengumuman ini dan meluahkan rasa gembira sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan bantuan STR.

“Bagi saya, ia dapat membantu meringankan beban keperluan seperti membayar bil api, bil air, barang dapur, petrol kereta dan banyak lagi. Selepas diumumkan kenaikan dari RM350 kepada RM600, saya berasa sangat bersyukur kerana ia memberi manfaat kepada saya dari segi kos sara hidup,” katanya.

Khairuddin Ayuphan

Seorang pekerja swasta, Wilson Ngumbang, 20 turut menzahirkan rasa teruja mengenai penambahan Sumbangan Tunai Rahmah.

“Ia dilihat sebagai usaha membantu golongan berpendapatan rendah serta mengurangkan beban ekonomi bagi kami yang bujang ini. Meskipun nilainya sedikit bagi sesetengah orang, jika digunakan secara berhemah ia dapat membantu dalam meringankan beban”.

“Jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim atas peningkatan STR bagi golongan bujang. Saya yakin bantuan ini akan membantu kami dalam merancang masa depan dengan lebih baik”, ujarnya.

Diharap agar peningkatan ini  dapat memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara,” ujar Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Wilson Ngumbang

Related Posts

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Tapis di Ladang Sawit PORIM, Kabong di sini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

KOTA SAMARAHAN – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menegaskan golongan wanita perlu diberi peluang memegang jawatan pembuat keputusan bagi memperkasa sektor sukan negara. Beliau yang juga Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen