PMX sampai sumbangan untuk Isma Aliff

PELAKON dan penyanyi era 1980-an Isma Aliff yang diserang angin ahmar Disember tahun lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi menziarahi selebriti yang membintangi filem ‘Ali Setan’ dan menyerahkan sumbangan bagi pihak Anwar.

“Saudara Farhan Fauzi juga baru-baru ini sempat menziarahi pelakon dan penyanyi era 1980-an, saudara Isma Aliff yang kini sedang dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lalu.

“Seperti biasa, saudara Farhan sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu proses pemulihan saudara Isma.

“Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, Insya-Allah,” tulis Anwar dalam satu hantaran di Facebook.

Isma Alif atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok