Program SAMAsedia 2024 latih anak muda menjadi pemimpin

KUCHING – Golongan belia merupakan harapan masa depan bangsa yang harus dipersiapkan daripada akar umbi.

Menurut Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datuk Dr Sanib Said, penganjuran program SAMAsedia 2024 siri ke-3 merupakan membentuk anak muda menjadi pemimpin terutama Sarawak.

“Kem ini juga bertujuan melatih golongan belia untuk mencungkil bakat dan memantapkan ilmu kepemimpinan,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, harap AKYBMS adalah menyediakan anak-anak menyahut cabaran pada masa akan datang dan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Untuk menjadi pemimpin, golongan belia perlu memikul tanggungjawab yang besar. Oleh itu, penganjuran program ini dapat melatih mereka untuk menyahut cabaran tersebut,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada majlis penangguhan program SAMAsedia siri ke-3: Samariang, Pusat Kehidupan Liar Matang pada Ahad.

Sementara itu, Penyelaras program SAMAsedia 2024 merangkap Biro Politik AKYBMS Sulhie Salleh berkata, penganjuran program ini bertujuan menyediakan anak muda menjadi pemimpin akan datang.

“Untuk menjadi pemimpin yang menerajui Sarawak pada masa akan datang, anak muda perlu melalui proses persiapan,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau juga menekankan program ini dapat memberi banyak manfaat kepada anak muda sambil berkata, belia merupakan masa depan Sarawak.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok