Tingkatkan kesedaran bahaya kanser serviks, kanser payudara

KUCHING – Masyarakat perlu tahu dengan kesedaran tentang bahayanya kanser serviks dan kanser payudara.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, kedua-dua jenis kanser itu merupakan pembunuh utama kaum wanita.

“Penganjuran program Pink Aerobik anjuran Pink Ribbon Support Group merupakan sangat peting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau.

Selain itu, beliau juga berharap penganjuran acara tersebut dapat meningkatkan kesedaran akan bahayanya penyakit ini.

“Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat terutama kaum wanita membuat pemeriksaan awal mengenai kanser payu dara dan kanser serviks,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Pink Aerobik sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan Pagi Bebas Kenderaan di Padang Merdeka pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak, Suriani Rapaide menegaskan betapa pentingnya sokongan mereka telah sembuh dan pesakit.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran saringan awal serta pengesanan awal untuk menyelamatkan nyawa,” kata Suriani.

Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok