Petani sambut baik bantuan RM1 bilion untuk kawasan MADA

ALOR SETAR – Petani di sekitar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu apabila memperuntukkan sebanyak RM1bilion untuk meningkatkan pengeluaran padi di kawasan itu.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah (PeSawah), Abd Rashid Yob berkata, belanjawan yang diumumkan oleh PMX kali ini adalah tertinggi yang diterima oleh petani di kawasan MADA.

Katanya, petani di kawasan MADA sangat berterima kasih dengan belanjawan yang diumumkan itu.

Abd Rashid berkata, diharap dengan peruntukan tersebut dapatlah agensi yang diamanahkan itu menaik taraf kawasan padi supaya berjaya melakukan projek penanaman padi lima musim dua tahun.

“Kami petani di sini berharap dengan peruntukan sebanyak RM1bilion itu dapat meningkatkan lagi infrastruktur, variasi benih padi, saliran serta bentuk muka bumi yang lebih sempurna.

“Sehingga hari ini keadaan di MADA khususnya agak sukar untuk melakukan penanaman padi lima musim dalam dua tahun. Ini disebabkan banyak lagi masalah yang perlu diharungi oleh MADA dan petani.

“Bagaimanapun dengan peruntukan itu diharap dapatlah meningkatkan lagi infrastruktur yang sangat dikehendaki oleh petani di kawasan pertanian itu,” katanya.

Menurut Abd Rashid, sehingga hari ini MADA masih lagi gagal menstruktur kembali jadual tanaman padi seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Selagi jadual penstrukturan ini gagal seperti jadual asal selama itulah petani sukar untuk melakukan tanaman lima musim dua tahun. Bagaimanapun dengan peruntukan baru-baru ini diharap segala masalah dapat diatasi dengan lebih cepat lagi,” katanya.

Bagi Shokri Baharom pula berkata, petani berharap dengan peruntukan itu diharap masalah benih padi dapat diatasi pada musim akan datang.

Katanya, benih padi hari ini kebanyakannya adalah lebih dari 100 hari dan ini menjadi masalah untuk petani melakukan tanaman lima musim dua tahun.

“Saya yakin dengan peruntukan itu nanti masalah benih padi dapat diselesaikan. Kini sebanyak 80,000 tan metrik benih padi diperlukan oleh petani setiap musim. Petani berharap masalah kekurangan benih padi pada masa akan datang tidak akan timbul lagi.

“Begitu juga dengan sistem saliran yang menjadi nadi kepada petani selama ini. Setiap kali timbulnya masalah pengairan di sesuatu kawasan dan jawapan yang diberi oleh MADA ialah tiada peruntukan untuk membersihkannya.

“Bagaimanapun dengan peruntukan yang banyak ini diharap masalah menyelenggarakan pengairan tidak lagi timbul dan petani akan dapat menanam padi dengan lebih sempurna lagi sekiranya saluran dapat berfungsi dengan baik,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda