Bekas MP Raub terima sumbangan PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang sedang menjalani rawatan pemulihan akibat serangan angin ahmar.

Sumbangan itu bagi meringankan beban kos rawatan dan disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi pada sesi Ziarah Madani baru-baru ini.

“Saya mendoakan agar Datuk Ariff segera sembuh dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

“Jasa beliau kepada masyarakat akan terus dikenang dan dihargai,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Ariff Sabri, 68, adalah Ahli Parlimen Raub selama sepenggal selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, menggunakan tiket DAP.

Beliau dikenali dengan nama pena Sakmongkol AK 47 di blognya, tidak bertanding pada PRU14.

Sebelum menyertai DAP pada 2012, Mohd Ariff Sabri adalah Ketua Penerangan UMNO Pekan selama empat tahun bermula 2000.

Related Posts

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

TEKANAN terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menerima cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

PETALING JAYA – Dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara tidak menyebabkan peluang pelajar tempatan berkurangan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), menurut Majlis Profesor Negara (MPN). Presiden MPN, Prof Emeritus Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH