Peruntukan Lapangan Terbang Miri, ahli Parlimen hargai keprihatinan PMX

MIRI – Pengumuman peruntukan bagi melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak, dengan jumlah kos RM253 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disambut baik.

Menurut Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, peruntukan ini adalah satu berita baik yang memberi impak yang positif kepada pembangunan di Miri.

“Projek pembesaran Lapangan Terbang Miri melibatkan penambahan dua jambatan aero, akan meningkatkan kapasiti lapangan terbang serta memudahkan pergerakan penumpang dan pesawat,” kata Chiew.

Selain itu, Chiew percaya ia juga akan merangsang pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan di Miri.

“Secara tidak langsung, ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan, dan menarik lebih banyak pelaburan ke bandar ini,” kata Chiew lagi.

Selain itu, jelas Chiew dalam kenyataan di Facebook, pembesaran lapangan terbang ini adalah langkah penting dalam usaha menjadikan Miri sebagai hab ekonomi yang lebih berdaya saing.

“Projek ini juga akan memperkukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi pelancongan dan pusat perniagaan utama di wilayah ini, sekali gus membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan,” ujar Chiew lagi.

Chiew juga merakamkan penhargaan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kerjasama erat yang ditunjukkan dalam memastikan projek ini menjadi kenyataan.

“Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan komitmen daripada kerajaan, khususnya Perdana Menteri, dan saya amat bersyukur kerana suara rakyat Miri telah didengar,” kata Chiew lagi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan