Wanita cedera parah nahas kemalangan tiga kenderaan

KOTA MARUDU – Seorang wanita cedera parah dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Langkon, Kampung Tigaman, di sini pada Sabtu.

Menurut Pusat Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu berkata, kemalangan tersebut melibatkan seorang pemandu kereta jenis Perodua Kelisa yang mengalami cedera parah dan seorang pemandu lori serta seorang lagi pemandu kereta jenis Proton Saga.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.48 pagi dan tiba ke lokasi kejadian pada pukul 11.15 pagi bergegas mengeluarkan mangsa dari kenderaan Perodua Kelisa dan mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kota Marudu menaiki ambulan untuk rawatan lanjut.

“Manakala dua lagi pemandu dalam kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Jelasnya, seramai lapan anggota bomba dibantu pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama sebuah jentera berjaya menjalankan operasi menyelamat dan kemudian menamatkan operasi keseluruhan pada pukul 11.29 pagi.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM