Anwar komited sokong Ekonomi Biru Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited menyokong usaha pembangunan ekonomi Sabah, termasuk inisiatif Ekonomi Biru negeri ini.

“Inisiatif Ekonomi Biru sudah tentu tumpuan baharu dan tidak semua negara atau masyarakat malah negeri di Malaysia boleh mendapat manfaat daripada Ekonomi Lautan Biru ini.

“Saya, sebagai Perdana Menteri, akan menghulurkan semua sokongan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan Sabah dalam usaha ini,” katanya ketika berucapkan merasmikan Sabah International Blue Economy Conference Malaysia 2024 (SIBEC2024) di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar berharap Sabah dapat menguruskan peruntukan pembiayaan pembangunan yang diperuntukkan dengan baik.

Menurutnya, Sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan pembiayaan pembangunan terbesar iaitu RM6.7 bilion.

“Sila hargai peruntukan untuk Sabah, ia merupakan peruntukan tertinggi pernah dicatatkan untuk negeri ini.

“Adakah ini mampu menyelesaikan semua masalah? Tidak, tetapi ia adalah percubaan yang baik dan kami akan terus melakukannya, tugas anda adalah untuk melaksanakannya dengan telus dan cekap.

“Saya tidak mahu sebarang kerugian akibat kelewatan dan rasuah dan ini adalah tanggungjawab pasukan untuk memastikan ianya berjalan lancar,” katanya lagi.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak