Belanjawan 2025 beri isyarat kukuh kepada syarikat OGSE sertai peralihan tenaga – MPRC

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 memberi isyarat kukuh kepada syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) untuk mengambil bahagian dalam peralihan tenaga dan menjadi pemangkin kepada ekonomi hijau dan mampan berlandaskan prinsip kerangka Ekonomi Madani.

Presiden dan Ketua Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Mohd Yazid Ja’afar berkata, MPRC menyambut baik tumpuan kali ini yang memfokuskan kepada masa depan teknologi hijau yang berdaya tahan dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Menurutnya, banyak inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2025 akan membuka peluang kepada sektor OGSE, terutama dalam usaha menangani peralihan tenaga dan meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai hijau.

“Secara khusus, peningkatan dana peralihan tenaga negara daripada RM100 juta kepada RM300 juta mencerminkan hasrat kerajaan untuk mempercepat peralihan tenaga, peruntukan signifikan ini menunjukkan komitmen tegas untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.

“Ia juga memberi isyarat jelas kepada syarikat OGSE, yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan minyak dan gas, supaya memenuhi keperluan ekonomi rendah karbon,” katanya.

Di samping itu, Belanjawan 2025 membuka laluan kepada pembangunan Teknologi Tangkap, Guna dan Simpan Karbon (CCUS) di Malaysia menjelang pembentangan Rang Undang-Undang CCUS pada November ini.

Jelasnya, perluasan insentif cukai bagi produk karbon hiliran di bawah Kerangka Insentif Pelaburan Baru menekankan kesedaran Malaysia tentang kepentingan CCUS dalam mencapai pelepasan sifar bersih, malah ia juga memudahkan akses kepada pembiayaan lestari dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran pengurusan karbon global.

Mohd Yazid menegaskan bahawa pengenalan cukai karbon menjelang 2026 adalah langkah berani tetapi perlu untuk mempercepat penerapan penyelesaian rendah karbon seperti CCUS yang mana hasil cukai karbon ini akan digunakan untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau.

“MPRC turut menyambut baik kesinambungan dan penambahbaikan pembiayaan melalui kemudahan Pembiayaan Teknologi Hijau Bank Negara Malaysia sebanyak RM2 bilion, RM3 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS), serta lanjutan pengecualian cukai dan insentif di bawah program Green Income Tax Exemption (GITE) dan Green Investment Tax Allowance (GITA).

“Ini akan membantu syarikat OGSE mematuhi keperluan kelestarian yang semakin meningkat, yang penting untuk akses kepada pembiayaan dan pelaburan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) pula, pelbagai kemudahan pembiayaan PKS dan insentif eksport yang diumumkan akan membantu PKS dalam sektor OGSE, mengatasi cabaran pembiayaan, meningkatkan produktiviti, dan memperluas capaian pasaran.

“Eksport OGSE kekal sebagai tumpuan utama Pelan Induk Industri OGSE Nasional (OGSE Blueprint) 2021-2030, dan syarikat OGSE diharap akan meneroka peluang pembiayaan eksport ini,” kata Mohd Yazid.

Sementara itu, mengenai peruntukan khusus untuk digitalisasi dan teknologi dalam Belanjawan 2025 juga dijangka bakal menggalakkan lebih banyak kolaborasi teknologi antara industri dan akademia.

“Ini akan memberi manfaat kepada Rangkaian Teknologi OGSE yang dipimpin oleh MPRC dengan penglibatan industri, akademia, dan institusi R&D untuk merapatkan jurang antara R&D dan pengkomersialan,” tambahnya.

Selain itu, pelaburan kerajaan dalam ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan sektor OGSE memandangkan tenaga kerja berkemahiran TVET menjadi tulang belakang sektor OGSE.

“Peningkatan peruntukan ini akan memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang justeru pelbagai insentif latihan industri akan mempertingkatkan kemahiran teknikal pelajar, menyediakan pengalaman praktikal yang sangat bernilai, dan mempersiapkan mereka untuk pasaran kerja.

“Kenaikan gaji minimum dan penetapan gaji yang munasabah bagi graduan TVET juga diharapkan dapat memanfaatkan pekerja berpendapatan rendah dan meningkatkan tarikan kepada program TVET, sekali gus mewujudkan tenaga kerja yang lebih adil dan berkemahiran,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat