Yuran SBP, IPTA naik untuk golongan teratas

KERAJAAN merancang mengurangkan subsidi pendidikan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan teratas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut.

“Jadi kita bercadang untuk kenakan sedikit kenaikan yuran, tidak kepada 85 peratus (majoriti rakyat), tidak kepada B40, tidak pada M40… cuma yang (berpendapatan) teratas sahaja akan dikenakan kenaikan yuran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, subsidi bagi seorang murid SBP mencecah RM15,000 setahun, dan angka terkini menunjukkan 30 peratus murid SBP berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi.

“Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan dari keluarga susah serta pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik.

“Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut,” katanya.

Tambah Anwar, penyasaran subsidi ini akan turut melibatkan kesihatan awam, yang mana penjimatan akan dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan bagi pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.

“Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan,” katanya.

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua rakyat di negara ini. Ucapan itu dizahirkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

PUTRAJAYA – Deruman jet pejuang bergemuruh pagi ini apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengetuai acara terbang lintas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026. Aksi berkenaan diketuai Panglima TUDM, Jeneral Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026