RM2.9 bilion disediakan untuk prasarana asas di kawasan pedalaman

PRASARANA asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir RM2.9 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jalan kampung akan dibina dan dibaik pulih seperti di Kota Belud, Sabah; Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang dengan peruntukan hampir RM1.8 bilion.

Katanya, projek bina dan baik pulih jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu jalan kampung diteruskan membabitkan peruntukan lebih RM350 juta.

“Bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dan Sarawak meliputi 5,150 unit rumah dengan peruntukan hampir RM500 juta.

Bagi pembangunan sukan pula, kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM230 juta dalam Belanjawan 2025.

Peruntukan itu merangkumi program podium, latihan atlet dan Road to Gold, persiapan atlet para menjelang sukan para dunia termasuk Deaflympic Tokyo 2025, kerja menyelenggara dan membaiki kemudahan belia dan sukan seluruh negara, serta geran padanan sukan sebagai galakan penganjuran pertandingan sukan oleh persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, Anwar menjelaskan peruntukan RM15 juta disediakan kepada pasukan Harimau Malaya, skuad bawah 18 (B-18) tahun dan B-13 dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan jurulatih dan mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain.

“Kita merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet yang berjuang di pentas Olimpik dan Paralimpik Paris.

“Ini termasuk pencapaian Cheah Liek Hou dan Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya merangkul pingat emas.

“Kita berbangga dengan kejayaan pasukan badminton negara antaranya beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah serta beregu lelaki Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani yang mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan antarabangsa.

“Saya melihat mereka mencerminkan semangat perpaduan serta kelebihan kita sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama yang boleh berjuang bersama dan menjulang kejayaan,” katanya.

Anwar turut mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan selepas kejayaan Selangor Red Giants bergelar juara dunia baru-baru ini.

Sukan kriket turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 apabila kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi pembangunan sukan itu.

“Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada pembangunan sukan kriket,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan diberikan ke atas ganjaran hadiah wang tunai kemenangan sukan yang diterima pemenang atlet individu dan berpasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang diberikan oleh kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat