RM25 juta disedia urus anak-anak teraniaya, peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion – Anwar

KERAJAAN akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

Selain itu bagi bagi tahun 2025, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah semakin membimbangkan. Usaha bersepadu giat dijalankan bagi mengekang segala aktiviti pemesongan akidah yang kian menular sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia.

“Susulan Ops Global yang sedang dijalankan, kerajaan akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada KPWKM bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

“Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion. Sebahagian peruntukan untuk memperkasa institusi pendidikan Islam, Pecahan ini melibatkan RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jakim seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025, pada Jumaat.

Memperincikan peruntukan itu, kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain
untuk anak-anak.

“Bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) dan Darul Quran Jakim, Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100,” ujarnya.

Tambah Anwar lagi, insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana sifat kejahilan yang menebal.

“Bagi menyemai kesedaran terhadap Islam, kerajaan akan meluncurkan ikhtiar wakaf al-Quran dengan niat untuk mencetak sejuta naskhah al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin dan Sweden.

“Usaha ini akan dilaksanakan Jakim dengan kerjasama pihak seperti Yayasan Restu,” katanya.

Sebagai tanda persaudaraan, Anwar memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan membawa lebih 40 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan
kesihatan ke Malaysia.

“Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan atas tanggungjawab bersama, kerajaan mencadangkan skop pelepasan cukai untuk badan amal di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas.

“Menghargai sumbangan besar lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta,” katanya.

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua rakyat di negara ini. Ucapan itu dizahirkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

PUTRAJAYA – Deruman jet pejuang bergemuruh pagi ini apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengetuai acara terbang lintas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026. Aksi berkenaan diketuai Panglima TUDM, Jeneral Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026