Kerajaan salur RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda

KERAJAAN memperuntukkan RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda bagi 2025, meningkat daripada RM2.4 bilion yang diperuntukkan untuk tahun ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, kerajaan akan memulakan projek perintis bagi perolehan baja melalui proses tender terbuka.

Anwar juga mengumumkan peruntukan RM65 juta untuk membangunkan infrastruktur pengairan dan saliran untuk jelapang padi dan memperluaskan ladang padi Felcra di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Anwar berkata, nilai ambang levi ke atas keuntungan luar biasa daripada minyak sawit telah dinaikkan kepada RM3,150 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,650 untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berkata, kadar duti eksport minyak sawit mentah akan disemak mulai 1 November tetapi dikekalkan untuk Sabah dan Sarawak.

Insentif untuk pekebun kecil menanam semula kelapa sawit bagi menggantikan pokok kelapa sawit yang tidak produktif akan diteruskan, dengan peruntukan RM100 juta.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk memulihkan ladang getah swasta yang terbiar.

Related Posts

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Oleh: Jason Yew “KATA mereka PMX anakirikan negeri pembangkang. Hakikatnya…” Sering kali kita dihidangkan dengan satu naratif yang menakutkan: “Kalau tak sehaluan dengan pusat, negeri akan dianaktirikan.” Kata-kata ini diulang-ulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam