Ekonomi Bumiputera terus diperkasa tahun depan – Anwar

BELANJAWAN 2025 menyediakan RM800 juta pembiayaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera adalah dengan tekad membawa pengarahan dan kebijakan baharu.

“Tidak boleh lagi kita terkurung dengan cara lama – mengurus agensi dengan tatakelola rendah, menggunakan agensi bagi memperkaya kerabat sendiri sehingga lupa agenda utama mengangkat darjat dan martabat Bumiputera.

“Pemusatan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Ekuinas di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra adalah untuk menyokong perniagaan Bumiputera di sepanjang kitaran perniagaan mereka. Umpamanya, Ekuinas akan melabur dalam syarikat pertengahan dan setelah itu, syarikat yang berjaya disenaraikan dan mendapat pelaburan sewajarnya daripada PNB.

“Justeru, tahun depan, RM800 juta pembiayaan di bawah Mara dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Sementara itu Anwar, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera.

“Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.

“Pada masa yang sama, sejumlah RM200 juta disediakan untuk Skim CAKNA 2 bagi menyokong aliran tunai kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil Kerajaan bernilai sehingga RM1.5 juta,” umum beliau.

Berkait Tanah Rizab Melayu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Madani telah bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.

“Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar.

“PNB dan PHB akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai