Tasik Pedu makin pulih, aktiviti kembali rancak

PADANG TERAP – Hujan lebat sejak akhir-akhir ini di Kedah memberi rahmat kepada pengusaha di sekitar Tasik Pedu apabila paras air mula semakin pulih.

Hujan lebat kini mampu memulihkan kembali keindahan tasik itu dan menyebabkan orang ramai mula datang untuk bercuti.

Pengusaha rumah bot, Amir Wahab, 51, berkata, hujan lebat sejak dua minggu ini menyebabkan paras air di sekitar tasik itu semakin meningkat.

Katanya, rumah botnya yang dahulunya terdampar di atas tanah akibat paras air yang susut begitu teruk sekali kini mampu terapung dan beroperasi semula.

“Saya menjangkakan hujan yang turun baru-baru ini meningkat sebanyak 15 inci dan banyak kawasan di tasik ini sudah mula ditenggelami air. Kesan dari itu menyebabkan keindahan Tasik Pedu mula menampakkan keindahannya.

“Akibat hujan yang lebat itu menyebabkan segala aktiviti seperti berenang, berkayak, memancing dan berkempen sudah boleh dilakukan. Kini banyak tempahan telah diterima untuk mereka bercuti dan berihat di sini,” katanya.

Menurut Amir lagi, pemain industri pelancongan di situ bersyukur kerana hujan yang lebat itu bukan sahaja memberi rahmat kepada mereka, malah binatang juga sangat memerlukan air untuk meneruskan kehidupan.

“Sekiranya paras air Tasik Pedu seluas 52 kilometer persegi ini tidak pulih semula sudah pasti akan memberi kesan serius kepada beribu pengguna dan petani di Kedah terutamanya pada musim kemarau nanti.

“Sebelum ini pernah juga berlaku Tasik Pedu ini kering tetapi tidak serius seperti tahun ini. Malah air di tasik ini perlu dipenuhi sebelum tibanya kemarau yang dijangka akan berlaku pada Januari nanti,” katanya.

Nelayan tasik, Ahmad Yusof Baharom, 52, pula berkata, kenaikan paras air di tasik ini memberi rahmat kepada nelayan di situ.

Katanya, sejak kenaikan paras air pada minggu lepas, nelayan sudah boleh turun ke tasik untuk menangkap ikan.

“Alhamdulillah, kini kami mampu pergi jauh untuk menangkap ikan berbanding semasa paras air surut tempoh hari.

“Apabila kami dapat menaiki bot dengan lebih jauh dari pangkalan sudah pasti hasil tangkapan turut meningkat dan mampu menampung perbelanjaan harian kami di sini,” katanya.

End.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu