Lawatan rasmi Ahmad Zahid ke Filipina esok

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Filipina bermula esok.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahmad Zahid dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Ferdinand R Marcos Jr dan Naib Presiden Sara Duterte semasa lawatan itu.

“Selaku menteri bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana, Timbalan Perdana Menteri juga akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik ke-10 bagi Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR).

“Timbalan Perdana Menteri juga akan menyampaikan kenyataan negara berhubung inisiatif, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran dalam melaksanakan Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana (SFDRR) 2015-2030,” kata kenyataan itu.

Ahmad Zahid juga akan menghadiri majlis sambutan dihoskan oleh Presiden Filipina.

Kementerian itu turut memaklumkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dijadual mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan bagi membincangkan kerjasama terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembangunan kemahiran.

Beliau akan disertai antaranya oleh pegawai daripada Wisma Putra, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan wakil universiti awam Malaysia.

Pada 2023, Filipina adalah rakan dagang ke-17 terbesar Malaysia di peringkat global dan kelima terbesar dalam kalangan rakan Asean dengan keseluruhan nilai dagangan sebanyak RM36.12 bilion (AS$7.92 bilion).

Dari Januari hingga Julai 2024, jumlah nilai dagangan meningkat 5.6 peratus kepada RM22.41 bilion (AS$4.75 bilion) berbanding RM20.08 bilion (AS$4.48 bilion) dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang