Kunjungan dua kapal China ikut saluran rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

KUNJUNGAN dua kapal latihan angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) bersama pelajar Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang pada 5 Oktober lalu adalah menerusi saluran dan protokol rasmi kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin pembangkang mengambil kesempatan mempersoalkan kehadiran dua buah kapal tentera laut China iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang dengan mendakwa ia tidak sensitif dengan konflik yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Pembangkang juga turut mempersoalkan mengapa kehadiran tentera laut China itu diberikan sambutan luar biasa selain diizinkan melawat sekolah persendirian Cina itu.

Seorang pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi hantaran Facebook berkata, ketika kunjungan berlangsung, turut hadir pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin Gerakan, yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN), Datuk Dominic Lau.

“Salah satu kapal latihan China, JinggangShan 999, pernah membantu misi pencarian MH370 pada 2014, meliputi kawasan Teluk Thailand, Sumatera, dan Australia dengan jumlah pelayaran 31,000km.

“Kapal tentera asing sering berlabuh di Malaysia melalui protokol rasmi. Selat Melaka adalah laluan penting dunia,” katanya menerusi hantaran itu.

Selain itu, Ahmad Mursi berkata, lawatan pelatih itu diaturkan oleh Pejabat Konsulat Jeneral China yang melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan pelajar.

Sekolah swasta Chung Ling di Pulau Pinang mempunyai lebih 1,900 pelajar, termasuk dari Indonesia, Thailand, China, dan negara lain.

“Lebih 30 pelajar dari China mengibarkan bendera negara mereka semasa majlis sambutan seperti gambar yang disebarkan pembangkang.

“Pelajar tempatan turut mengibarkan bendera Malaysia dan Pulau Pinang, tetapi tidak disebarkan oleh pembangkang untuk mencetus fitnah,” katanya.

Perkara ini turut disahkan oleh Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) di Air Itam bahawa hanya pelajar dari negara China yang mengibar bendera negara tersebut dalam satu majlis yang diadakan di sekolah terbabit minggu lalu.

Pengetua sekolah berkenaan, Ng Jooi Seah berkata, pelajar tempatan tidak mengibar bendera China sebaliknya mengibarkan bendera Malaysia dan Pulau Pinang.

Menurut Ahmad Mursi, sebelum ini juga pernah diadakan lawatan silaturahim oleh tentera asing dan pelajar sekolah serta 20 tentera marin Amerika Syarikat ke Sabah.

“Hubungan Malaysia dengan China dan negara asing termasuk Barat adalah baik kerana dasar diplomasi berkecuali serta kerap mengadakan lawatan rasmi kedua-dua pihak,” katanya.

Ternyata isu kedaulatan dan keselamatan negara yang cuba diputar belit oleh pembangkang dengan kehadiran dua kapal tentera China itu tidak berasas, hanya sekadar cuba bermain persepsi dan menabur fitnah.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat