100 pelajar sekolah rendah di Hulu Rajang sertai program JASS

KAPIT – Seramai 100 pelajar sekolah rendah dari Hulu Rajang menyertai program Junior Award School Scheme Program (JASS).

Difahamkan program JASS berlangsung selama enam bulan itu merupakan program Skim Anugerah Antarabangsa dari Britain yang berteraskan pembangunan kemajuan dan pembangunan karakter.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Syarikat Teguh Niaga Engineering & Services Berhad, yang juga menjadi penaja utama program itu, Tang Kuak Tinng.

Menurut kenyataan yang dilaporkan oleh UKAS, program tersebut kali pertama dianjurkan di Sarawak merupakan hasil kerjasama antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC), JASS Malaysia, dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kapit.

Selain itu, program ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pejabat Pusat Khidmat P216 Hulu Rajang.

“Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan pelajar dalam bidang kokurikulum dan akademik serta menyokong pembangunan bakat tempatan”, tambah kenyataan itu.

Turut hadir Ravichandran Balasubramaniam mewakili Timbalan Menteri Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong serta beberapa pegawai pendidikan dan wakil organisasi yang terlibat.

Related Posts

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera