PM Anwar dijangka rasmi Program Madani Rakyat Sayangi Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah pada 19 Oktober, Sabtu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata program buat julung kali diadakan ini menyasarkan kehadiran 400,000 pengunjung bermula 18 hingga 20 Oktober depan di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini.

Jelasnya, program siri keenam di Sabah ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada yang dicapai di Sarawak sebelum ini iaitu mencecah seramai 300,000 lebih pengunjung.

“Kita difahamkan bahawa setakat ini yang tertinggi adalah PMR di Sarawak yang lepas, jadi kita berharap orang kita di Sabah juga dapat mencapai paling kurang 400,000 pengunjung.

“Mari sama-sama meriahkan Program Madani Rakyat Sabah ini, jangan datang sehari sahaja tetapi datang selama tiga hari program berlangsung,” katanya ketika ditemui media pada lawatan tapak PMR di perkarangan Kompleks Sukan Likas, di sini pada Sabtu.

Kata beliau, terdapat dua komponen perkhidmatan yang ditawarkan menerusi PMR bagi menggambarkan keberhasilan Kerajaan MADANI dalam memenuhi keperluan kebajikan rakyat iaitu ‘Perkhidmatan Touchpoint Rakyat’ dan ‘Inisiatif Kesejahteraan Rakyat’.

Katanya, pelaksanaan program melibatkan kolaborasi strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, KPDN selaku Kementerian Peneraju serta Kerajaan Negeri Sabah.

“PMR 2024 Sayangi Sabah akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi pengisian reruai daripada Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sabah, perkhidmatan Touch Point Rakyat, pameran
aset agensi Kerajaan, karnival kerjaya, sesi libat urus dan aktiviti luar termasuk pertandingan sukan elektronik serta Konsert Sayangi Sabah.

“KPDN selaku kementerian peneraju turut menyediakan Program Jualan Rahmah Madani Premium, Kempen Beli Barangan Malaysia dan Pavilion KPDN secara khas akan diwujudkan dalam program kali ini.

“Selain itu, pelaksanaan PMR juga akan melibatkan penyertaan dan sokongan sektor swasta yang akan menawarkan perkhidmatan dan program berkaitan,” tambahnya.

Sehubungan itu, masyarakat dijemput datang beramai-ramai ke program tersebut yang akan bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam dan inisiatif pengangkutan akan disediakan di bawah kendalian kerajaan negeri.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat