Jelajah Bongkar beri peluang rakyat nilai pretasi wakil rakyat

SUNGAI PETANI – UMNO Kedah memperkenalkan Program Jelajah Bongkar sebagai platform bagi rakyat negeri itu menilai sendiri prestasi setiap wakil rakyat dipilih mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebahagian pengisian program adalah turun ke padang untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang sesuatu fakta, fitnah atau tipu.

Beliau memaklumkan, jelajah yang disusun Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan 15 UMNO Bahagian di Kedah dilaksanakan untuk menjelaskan tentang sesuatu kebenaran ataupun fitnah.

“Peringatan ini dibuat kepada rakyat negeri Kedah bahawa betapa pentingnya untuk mereka di seluruh Kedah menilai setiap wakil rakyat dan pemimpin yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.

“Jadi, banyaklah isu-isu yang dibincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Bongkar di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani, hari ini.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai pretasi wakil rakyat yang dilontarkan mereka pada pilihan raya lepas sama ada wakil rakyat itu menunaikan janji-janji sebelum ini ataupun tidak.

“Paling penting bila kita berdepan masalah rakyat contohnya banjir, Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan RM13 juta,” katanya.

Sehubungan itu, Johari berkata, beliau ingin bertanya dengan UMNO Bahagian ini adakah rakyat mendapat bantuan dari kerajaan negeri dalam keadaan banyak yang terkesan akibat kejadian itu.

“Inilah isu-isu yang kita bincang tadi dalam Jelajah Bongkar ini,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, program Jelajah Bongkar itu dilaksanakan untuk menyampaikan sesuatu kenyataan sebenar kepada rakyat di Kedah.

Beliau berkata, pihaknya akan bercakap tentang perkara yang betul kepada rakyat dan bukan retorik ataupun cerita pembohongan.

“(Kita) cerita benar misalnya dalam hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat dan bagaimana hendak pergi masa hadapan negeri Kedah.

“Adakah kita hanya nak duduk macam ini juga, takpelah apa yang ada ni, (anggap) takdir ataupun kita nak kena berubah, jalan terus ke hadapan,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017