Urus pertikaian Laut China Selatan guna formula pendekatan Asean – Mohamad

SEBARANG isu yang melibatkan tuntutan di kawasan Laut China Selatan harus diuruskan secara bersama menerusi pendekatan Asean (Asean Approach).

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, formula pendekatan Asean diperlukan kerana banyak negara litoral yang membuat tuntutan di kawasan tersebut.

“China menyatakan Laut China Selatan itu, biasalah, laut dia. Dia juga kata, (hujah) itu (berdasarkan) undang-undang antarabangsa. Kita (Malaysia) juga kata, kita ikut undang-undang antarabangsa.

“Tetapi, (dalam hal ini, kita boleh berbincang) melalui diplomasi dan saluran diplomatik, supaya pintu (perbincangan) tidak ditutup dan komunikasi tetap berjalan seperti biasa.

“Kita juga minta negara-negara (terlibat) jangan ‘slam the door’, (sebaliknya) duduk sama-sama, kerana ia perlu diuruskan menerusi pendekatan Asean dan mengikut kaedah sesuatu negara,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada delegasi media Malaysia ketika diminta mengulas mengenai pertemuan ketua negara anggota Asean bersama China menerusi Sidang Kemuncak Asean-China yang berlangsung di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, katanya, Malaysia berharap agar Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kestabilan di kawasan tersebut.

“Laut China Selatan ini perlu diurus dengan baik kerana ia merupakan suatu kawasan yang diguna pakai oleh semua masyarakat antarabangsa dan negara-negara di Asean.

“Jadi, sebarang bentuk untuk memperakukan laut itu kepunyaan satu-satu pihak, itu akan mendatangkan masalah.

“Jadi, Malaysia, tiga tahun dari tahun ini akan jadi sebagai negara penyelaras dengan China. Jadi, tanggungjawab Malaysia untuk uruskan supaya CoC ini dapat kita muktamadkan, kalau boleh, dalam masa kepengerusian kita,” lapor Astro Awani, pada Jumaat.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam blok Asean menyatakan komitmen dalam kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Ujarnya, ia selaras dengan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak