Fahmi seru penyedia internet tawar pakej murah, kelajuan tinggi

PENYEDIA perkhidmatan internet wajar menawarkan pakej murah dengan kelajuan lebih tinggi kepada rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan pemerhatiannya menerusi pelaksanaan program Point of Presence (PoP) mendapati, penyedia perkhidmatan mampu menawarkan pakej serendah RM39 sebulan bagi kelajuan 100Mbps.

“Sebelum ini dalam program PoP saya dapati ada penyedia perkhidmatan yang sediakan pada harga lebih kurang RM49 untuk 100Mbps, ada juga yang boleh sediakan hingga RM39.

“Saya lihat bila kita usahakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau PoP melalui Kementerian Komunikasi, wajar penyedia perkhidmatan berikan harga lebih murah kepada rakyat.

“Program ini bukan komersial semata-semata, tetapi ada objektif yang lebih strategik iaitu mengurangkan jurang bukan hanya secara fizikal membolehkan kawasan-kawasan ini menikmati internet laju tetapi juga dari segi ekonomi kita,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ dan Majlis Penyerahan MoU antara Kementerian Pertahanan yang diwakili Angkatan Tentera Malaysia dengan Kementerian Komunikasi yang diwakili MCMC, di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Projek PoP bertujuan merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar, dengan menjadikan sekolah sebagai hab infrastruktur jalur lebar gentian optik (fiber) sekali gus membolehkan sekolah, premis kerajaan dan di sekitar kawasan perumahan, mendapat akses jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi.

Terdahulu, dalam ucapannya Fahmi berkata, program kesedaran seperti panduan menggunakan internet dengan betul dan beretika amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuklah warga ATM.

Sehubungan itu, inisiatif melalui program kesedaran seperti Klik Dengan Bijak, inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia dan kempen Check Your Label akan dilaksanakan.

“Program-program tersebut dapat melahirkan masyarakat yang cakna teknologi maklumat serta waspada dalam menggunakan peranti pintar di rumah, terutama dalam kalangan ahli keluarga ATM menghadapi dunia siber yang penuh mencabar mutakhir ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata program promosi perkhidmatan digital seperti Masyarakat Tanpa Tunai, Digital Health For All, MCMC-Microsoft AI TEACH, dan Pertanian Pintar AgriNXT akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan penerimagunaan aplikasi digital oleh warga ATM.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16