CEO GISB, isteri antara 58 direman di bawah Sosma

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Azura Md Yusof antara 16 individu yang dikenakan tahanan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penahanan terbaharu itu menjadikan keseluruhan individu berkaitan GISB yang direman di bawah Sosma adalah seramai 58 orang.

Beliau berkata, Op Global yang telah memasuki fasa keempat, turut menyaksikan keseluruhan 625 mangsa berusia di antara 2 bulan hingga 28 tahun, dengan 553 mangsa ditempatkan 13 pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan 72 lagi telah diserahkan kepada keluarga Mereka.

“Ingin saya tegaskan kembali tujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan operasi ini ialah untuk menyelamatkan anak-anak GISB yang kita dapat maklumat ada unsur-unsur pengabaian dan sebagainya.

“Itu matlamat asalnya, untuk menyelamat. Kemudian ‘prosecute’ mereka yang kita dapati bersalah dalam elemen jenayah yang kita sebutkan tadi.

“Dan seterusnya ‘to neutralize’ segala bentuk jenayah, mahupun ancaman kepada keselamatan dalam negara,” katanya lapor Astro Awani.

Shuhaily berkata, daripada keseluruhan 97 kertas siasatan satu kertas siasatan jenayah terancang di bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Daripada jumlah tersebut, 12 kertas siasatan melibatkan sembilan individu telah dituduh dengan 34 pertuduhan.

Selain itu beliau berkata, sejumlah empat kertas siasatan juga telah diberikan arahan tuduh oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dituduh dalam masa terdekat.

“Dua kertas siasatan (telah dibuka) di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017; dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993,” kata Shuhaily.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat