Plaza Serakai Mas tidak lagi seindah nama

KOTA BHARU – Sejak kira-kira 20 tahun lalu, Plaza Serakai Mas adalah antara mercu tanda yang menjadi lokasi wajib dikunjungi apabila berada di bandar Pasir Mas.

Plaza yang dibina sekitar tahun 1980-an dan kemudiannya diuruskan Majlis Daerah Pasir Mas itu menempatkan pelbagai gerai jualan barangan seperti pakaian, peralatan telekomunikasi dan makanan.

Namun, selepas usianya melepasi dua dekad, daya tarikan Plaza Serakai Mas semakin hilang dan dilupakan.

Bukan disebabkan kualiti barangan atau makanan atau perkhidmatan disediakan di situ, tapi ia ‘dirosakkan’ oleh kelemahan penyelenggaraan oleh pihak bertanggungjawab.

Plaza itu juga makin hilang peniaga yang menyewa premis di situ akibat pengurusan yang tidak profesional.

“Kawasan ini dah berubah, tak dijaga dan dibersihkan mengikut jadual ditetapkan.

“Macam-macam bau ada… hancing dan merosakkan imej Pasir Mas dan Kelantan sebagai negeri yang kononnya mementingkan ciri Islamik,” kata seorang peniaga yang sempat ditemui The Malaysia Press.

Dia juga mendakwa makin hari, makin ramai peniaga di situ mengambil keputusan untuk menghentikan operasi mereka kerana kekurangan pelanggan.

“Kadang-kadang tempat ini macam baru lepas kena ‘langgar garuda’… senyap sunyi tanpa pengunjung.

“Jadi, ada penyewa terpaksa mengalah dan menutup kedai selepas berpuluh tahun berniaga di sini bagi mengelak daripada terus menanggung kerugian,” ujarnya lagi.

Seorang lagi turut mendakwa, penyelenggaraan di situ sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Namun, dakwanya, pihak majlis daerah seolah-olah tidak mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Lagipun sekarang dah ada plaza baru, jadi Plaza Serakai Mas ini dah dikira sebagai ketinggalan zaman.

“Tapi, saya fikir pihak berkenaan tidak boleh lepas tangan begitu saja… di sini ada peniaga yang mengharapkan hasil jualan mereka untuk menyara hidup, jadi kena buat sesuatulah untuk bantu,” jelasnya.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam