River Raft Safari 2024 dapat sambutan menggalakkan

PADAWAN – Berbaki dua minggu lagi bakal berlangsungnya acara River Raft Safari 2024 bagi tahun yang ke-4.

Acara yang diadakan pada 20 Oktober itu kelak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik peserta tempatan mahupun luar negari.

Seiringan dengan usaha mempromosikan acara ini sehingga ke peringkat global, komitmen padu yang ditunjukkan oleh beberapa agensi swasta untuk membantu menjayakan acara ini.

Antara syarikat yang memberikan sokongan dalam menjayakan acara ini ialah Sar-Alam Indah Sdn Bhd, Kuching Love Book Association Founder dan 38 Yayasan Amal Cinta serta beberapa agensi NGO yang lain.

Ketiga-tiga agensi ini dengan berbesar hati menaja acara ini serta menyerahkan ‘mock cheque’ kepada MPP sebagai tanda sokongan terhadap acara yang berlangsung ini kelak.

“Safari Rakit Padawan 2024 bukan sekadar pengembaraan. Ia adalah acara penting yang mempamerkan keindahan sungai kita dan sekali gus menyeru semua pihak menjaga sungai kita,” kata Pengerusi MPP, Kr. Tan Kai.

Menurut Tan, setakat ini penyertaan sudah pun ditutup dan sambutan juga agak menggalakkan.

“Dianggarkan untuk edisi kali ini seramai 200 penyertaan sudah pun mendaftar bagi pelbagai kategori yang melibatkan peserta tempatan dan juga antarabangsa.

Turut hadir Pengerusi Penganjur Padawan Raft Safari 2024, Kr. Andrew Victor Nub William Tanyauh, ahli jawatankuasa dan Kakitangan Pengurusan Sar-Alam, May Loo Hun Ing, Pengerusi Kuching Love Book Association Founder dan wakil 38 Yayasan Amal Cinta.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang