Kilang proses produk kecantikan guna logo halal palsu dikompaun RM60,000

ALOR SETAR – Sebuah kilang memproses produk kecantikan di Pokok Sena yang pernah diserbu pada 19 Jun lalu, dikompaun RM60,000 kerana menggunakan logo halal palsu.

Produk yang dikeluarkan kilang tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) untuk berbuat demikian.

Serbuan yang dilakukan itu adalah hasil operasi bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM1.3 juta.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju wujud pelanggaran di bawah Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.

“Pelanggaran perenggan ini membawa kepada suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(a) Perintah yang sama.

“Pihak syarikat telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000,” katanya.

Sehubungan itu, KPDN ingin memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada pihak berwibawa dan sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu