Pas jangan buat tuduhan ‘bodoh sombong’, Selangor efisien tangani banjir

PUTRAJAYA – Kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar bahawa negeri itu tidak mampu menarik pelaburan asing berikutan kegagalan kerajaan negeri menguruskan krisis banjir adalah tuduhan palsu dan ‘bodoh sombong’.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, walaupun sayap pembangkang itu mempunyai pandangan politik serta ideologi berbeza namun, apa jua kebaikan untuk rakyat sepatutnya tidak dikritik tanpa fakta berasas.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada Pas supaya jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan tidak betul, semata-mata untuk kepentingan peribadi, selain hanya mahu kekal relevan dalam politik.

“Kenyataan Ustaz Sukri Omar tentang banjir di Selangor dan mengaitkan dengan pelaburan negeri ternyata tidak cerdik dan hanya menampakkan sikap bodoh sombong beliau.

“Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM12.4 billion pada suku pertama tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 66.8 peratus berbanding suku pertama tahun 2023 dengan pelaburan RM7.44 billion.

“Malah, berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) nilai pelaburan terbabit menawarkan 8,377 peluang kerja meliputi 363 projek yang sebahagiannya diisi oleh mereka yang berhijrah dari negeri tadbiran Pas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia turut membuktikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5 peratus tahun sebelumnya.

Lantaran itu, beliau menegaskan tuduhan yang dilemparkan pembangkang bahawa pelabur kurang berminat terhadap Selangor juga adalah tidak tepat dan bersifat naif.

“Ternyata Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari  dibantu para Exco dan pimpinan pelbagai jabatan serta agensi sentiasa memberikan komitmen penuh dengan memastikan kesiapsiagaan jentera bantuan kerajaan berfungsi dalam prestasi terbaik setiap kali menjelang musim peralihan Monsun Timur Laut.

“Jika mengambil logik Ustaz Sukri Omar, maka kita sudah tahu puncanya pembangunan di Kelantan menjadi lembab selepas ditadbir oleh Pas selama 30 tahun. Lagipun bukan Menteri Besar daripada Pakatan Harapan/ Perpaduan yang dikesan berada di New Zealand atau Jepun ketika musibah banjir melanda negeri,” bidasnya.

Terdahulu, Sukri mendakwa kerajaan Selangor masih gagal menguruskan masalah banjir yang berulang kali melanda walaupun mendapat peruntukan yang tinggi.

Katanya, kegagalan itu menyebabkan Selangor tidak lagi digemari pelabur yang turut terbukti dari kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang semakin menurun.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua