KPDN Sabah tumpas kegiatan jual minyak bersubsidi, gula pasir melalui media sosial

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan iaitu menjual minyak masak paket bersubsidi dan gula pasir melalui media sosial di sini pada Ahad.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, menerusi Op Tiris 3.0 berjaya menahan seorang lelaki tempatan seterusnya merampas sebanyak 8177 kilogram minyak masak peket bersubsidi dan 48kg gula pasir di sebuah rumah teres beralamat Taman Hings Jalan Kobusak pada kira-kira pukul 7 malam.

“Penguat kuasa bertindak membuat serbuan hasil daripada maklumat awam berhubung penjualan minyak masak paket bersubsidi dalam kuantiti yang banyak dan harga yang tidak munasabah melalui platform media sosial.

“Hasil daripada risikan yang dijalankan mendapati aktiviti penyimpanan dan
penjualan minyak masak peket bersubsidi ini dijalankan di lokasi tersebut.

“Penyamaran dilakukan oleh Pegawai Penguat Kuasa dengan cara menjadi
pelanggan dan telah diarahkan oleh penjual untuk datang ke alamat yang telah diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Serbuan telah dilakukan serta-merta semasa transaksi jual beli berlaku dan hasil pemeriksaan lanjut menemui minyak masak peket 1kg bersubsidi pelbagai jenama dan gula pasir kasar 1kg yang disimpan di kawasan kaki lima rumah serta ruang tamu rumah berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Tambahnya, nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM20,579.30 dan seorang penjaga premis warga tempatan berumur 27 tahun ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

“Kesemua minyak masak peket dan gula pasir kasar disita bagi tujuan siasatan lanjut kerana penjaga premis gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan menyimpan minyak masak peket dan gula pasir kasar yang disimpan di dalam rumah tersebut,” katanya.

Menurut Georgie, kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak masak dan gula pasir kasar dengan tujuan untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Katanya lagi, KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat