Kerajaan Pusat bantu selesaikan masalah Kulim Hi-Tech

KULIM – Kerajaan Pusat sedia menyelesaikan masalah dialami pelabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) melalui kerjasama bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu menyaksikan penubuhan sekretariat tetap bagi mengkoordinasi penggunaan tenaga kerja dan melihat keperluan semasanya.

Jelasnya, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan profesional di Kulim Hi-Tech, institut latihan akan diminta menawarkan kursus yang dapat memenuhi permintaan industri.

“Dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kita putuskan penubuhan sekretariat tetap bagi mengkoordinasi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran bagi( memenuhi keperluan setiap industri di Kulim Hi-Tech.

“Walaupun setiap industri berbeza, kursus yang disediakan setiap institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu selaras dengan keperluan dalam bidang berkaitan di Kulim Hi-Tech,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja dan menghadiri forum bersama pelabur Kulim Hi-Tech.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata model yang digunakan Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) akan digunakan bagi mengelak perpindahan antara pekerja mahir antara industri di Kulim Hi-Tech.

Katanya, amalan pekerja yang berpindah antara syarikat terbabit didapati menjejaskan produktiviti industri yang perlu mendapatkan pekerja mahir baharu.

“Masalah kedua adalah isu guna tenaga iaitu perpindahan pekerja antara syarikat menyebabkan penurunan produktiviti apabila perlu mendapatkan tenaga kerja baharu.

“Kami mencadangkan perjanjian persefahaman antara semua industri dibuat dengan menggunakan model NUBE untuk tidak mengambil pekerja antara syarikat di Kulim Hi-Tech,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan masalah mendapatkan rawatan perubatan dialami kira-kira 45,000 pekerja di Kulim Hi-Tech akan segera diselesaikan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Saya akan berbincang bersama Menteri Kesihatan dalam memperoleh keperluan perubatan yang cukup untuk kira-kira 45,000 pekerja kerana tidak cukup katil hospital bagi rawatan.

“Bagi masalah kesesakan terutama di waktu kemuncak, kita akan bincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk meletak pegawai dan anggota trafik di waktu puncak,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok