122,000 murid tahun satu belum kuasai 3M – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Seramai 122,000 murid tahun satu bagi sesi akademik tahun ini dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, antara punca yang menyumbang kepada perkara itu ialah keciciran pembelajaran semasa pandemik Covid-19, kemiskinan, selain melibatkan anak-anak berkeperluan khas.

“Angka ini sifatnya dinamik. Sebaik saja mereka menguasai melalui intervensi yang dibuat baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat persekutuan serta program Anak Kita, nombor ini akan berubah dan bertambah baik,” katanya di Kajang, lapor Bernama pada Isnin.

Fadhlina berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Tekad Reformasi Pendidikan yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program Intervensi Literasi dan Numerasi yang bermula Ogos lalu dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M.

Mengenai Tekad Reformasi Pendidikan, Fadhlina berkata, inisiatif itu mengetengahkan usaha memperkasa pendidikan di Selangor, selari dengan usaha reformasi pendidikan dilaksanakan KPM.

Katanya program itu bertujuan memperkukuh kedudukan Selangor sebagai negeri terdepan dalam menyediakan pendidikan berkualiti melalui pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan inovasi pendidikan.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM dalam proses memastikan sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah dapat dicapai.

“KPM berharap dapat mencapai sasaran tersebut untuk melengkapkan ekosistem pendidikan, khususnya di peringkat sekolah, dan memberikan perkhidmatan psikososial yang baik kepada anak-anak kita, insya-Allah,” katanya.

Mengenai isu buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur melibatkan anak penyanyi kumpulan Spider, Fadhlina berkata, tindakan tegas telah diambil selain garis panduan juga sudah dikeluarkan dalam usaha menangani isu berkenaan.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa buli adalah buli. Tidak kira anak siapa pun, anak selebriti, anak menteri sekali pun, buli adalah buli.

“Jadi atas sebab itu, saya ingatkan (bahawa) seluruh ekosistem persekolahan harus dipastikan selamat. Mana-mana pihak yang telah pun membuat tindakan kepada pihak autoriti, khususnya pihak polis, yang sedang siasat, kita serahkan kepada pihak autoriti untuk melakukan siasatan,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok