Wanita Palestin cetus kekecohan di Wisma Transit mohon maaf

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Palestin yang mencetuskan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini tampil memohon maaf dan menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu.

Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah menjelaskan, kejadian itu berlaku berikutan tekanan yang dirasainya selepas tidak dapat menghubungi anaknya di Gaza selama seminggu.

“Saya mohon maaf dan amat menyesali apa yang saya lakukan. Saya bersumpah demi Tuhan, saya tidak melakukannya dengan sengaja.

“Kita sedang melalui situasi yang sangat sukar yang hanya Allah sahaja yang tahu.

“Seriusnya, anda (rakyat Malaysia) baik, pemurah, dan hormat, dan saya bersyukur kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah demi Allah, kami telah mendapat penjagaan yang terbaik. Apa yang saya katakan datangnya ikhlas dari hati saya, ” katanya dalam video tersebut.

Wanita berkenaan merupakan salah seorang daripada 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akibat perang dengan rejim Zionis.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan sekumpulan warga Palestin mencetuskan kekecohan dengan ada yang bertindak agresif membaling selipar ke arah pegawai penguat kuasa dan merosakkan harta benda di premis berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada kekecewaan selepas mereka tidak dibenarkan tinggal di luar WTKL.

Susulan kejadian itu, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, turut memohon maaf atas gangguan tersebut.

Katanya, wanita itu akan dihantar pulang ke Gaza.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman