Kementerian Komunikasi akan strukturkan semula JKOM

KANGAR – Kementerian Komunikasi akan menstruktur semula Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bagi memperkasakan fungsi dan peranan jabatan tersebut.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini tugas Ketua Pengarah JKOM dipangku Timbalan Ketua Pengarah jabatan tersebut.

“Saya akan meminta Ketua Setiausaha kementerian meneliti semula penstrukturan JKOM termasuk menyelaraskan isu perjawatan dan organisasi jabatan tersebut.

“Kita juga akan memindahkan pejabat JKOM dari Pejabat Perdana Menteri kembali ke Kementerian Komunikasi,” katanya sidang akhbar selepas pelancaran Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis 2024.

Turut hadir dalam program sama ia Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Pada 25 September lalu, Fahmi mengesahkan Ketua Pengarah JKOM, Dr. Mohd Khairuddin Othman ditamatkan perkhidmatan di jabatan tersebut.

Dalam pada itu, Fahmi turut menggesa masyarakat untuk mendapatkan sahih dengan merujuk kepada penyampaian maklumat di media arus perdana.

“Masyarakat kini berdepan dengan pelbagai ancaman termasuk peningkatan ancaman kepintaran buatan dan ‘deep fake’ atau pemalsuan gambar.

“Di sinilah pengamal media arus perdana memainkan peranan penting untuk memastikan dan mengesahkan maklumat yang disampaikan adalah benar sahih,” jelasnya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat