Tiga subkontraktor terkandas atas ‘skylift’ ketika pasang papan tanda

IPOH – Tiga orang subkontraktor berdepan detik cemas apabila terkandas pada kren pengangkut (skylift) yang rosak di ketinggian anggaran dua tingkat ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, di sini malam Sabtu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketiga-tiga mangsa lelaki tempatan termasuk warga Mynmar masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 8.49 malam dan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba jam 8.57 malam. Bomba mendapati tiga orang lelaki iaitu seorang lelaki tempatan manakala dua warga Myanmar berada di kren pengangkut rosak tersebut.

“Difahamkan mereka adalah subkontraktor yang melakukan tugasan bagi kerja pemasangan papan tanda kedai. Tiba-tiba kren mengalami kerosakan sehingga mereka gagal untuk turun pada ketinggian kira-kira dua tingkat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kata Sabarodzi lagi, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua operasi mengarahkan anggota menggunakan pemasangan pelantar (staging) dan membawa kesemua mangsa turun dengan selamat.

“Bagaimanapun, tindakan pantas berjaya membawa turun mangsa dalam keadaan selamat,”jelasnya lagi.

Operasi yang diketuai PBK II Mohd Fakhrurazi Johari itu tamat jam 9.48 malam.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat