DAP tak minta tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor

DAP tidak pernah ‘buka buku’ untuk sebarang perbincangan, mengungkit atau mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu polemik kononnya Pakatan Harapan (PH) Johor mahu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri itu ditamatkan.

Beliau berkata, DAP ketika ini selesa memainkan peranan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pengimbang yang menyokong kerajaan negeri.

Malah, katanya, DAP menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menitahkan tiada pembangkang di Johor sebaliknya hanya ada wakil pengimbang.

“Hakikatnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Barisan Nasional (BN) menang 40 kerusi dan tubuhkan kerajaan dengan selesa.

“PH yang pada ketika itu ‘lawan’ BN, hanya menang 12 kerusi termasuk MUDA satu kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang tiga kerusi.

“Itu hakikatnya yang perlu kita (PH) terima. Itu sebabnya saya berharap polemik baru-baru ini mengenai Kerajaan Perpaduan di Johor tidak perlu ditimbulkan dan dihentikan.

“DAP tak pernah dan tidak akan mengemis jawatan kerajaan negeri. Jika nak jawatan kerajaan, kita lawan pada pilihan raya dan menang.

“Nasihat saya pada ahli DAP supaya bersabar dan mainkan peranan kita sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

“Kita teruskan berkhidmat, pastikan kita kuat dan menang sokongan rakyat supaya dapat kekal setiap kerusi kita,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Sebelum ini, beberapa pihak dalam PH termasuk Amanah mendesak supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor susulan kemenangan selesa BN pada Pilihan Raya Kecil Mahkota, akhir bulan lalu.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman