PM Pakistan berbesar hati dapat berbincang terperinci dengan PM Anwar

PERDANA Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif gembira dapat mengadakan perbincangan secara terperinci dan produktif bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus mengukuhkan hubungan Pakistan-Malaysia.

Menerusi perkongsiannya di laman ‘X’ Shehbaz, perbincangan yang berlangsung antara kedua-dua negara itu membincangkan tentang beberapa perkara mengenai perdagangan, teknologi maklumat (IT), tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.

Dalam pertemuan sama, kedua-dua negara turut membincangkan tentang perkembangan semasa melibatkan negara serantau dan global terutamanya situasi terkini di Gaza dan Lubnan.

Seterusnya, disusuli dengan menyaksikan pemeteraian MoU dan perjanjian bersejarah dalam pelbagai sektor.

Shehbaz turut menyatakan kesudiannya untuk bekerjasama dengan Malaysia pada masa akan datang demi kebaikan kedua-dua negara.

Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk mendapatkan perkembangan selanjutnya mengenai keputusan yang dibuat semasa perbincangan pada Khamis.

Shehbaz turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sudi mengundang beliau melawat Malaysia.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak