Pemuda Harapan cadang formula menang bersama, tak nafi peranan komponen gabungan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Harapan mencadangkan “formula menang bersama” bagi memastikan setiap keputusan diambil dengan mempertimbangkan manfaat serta kesejahteraan semua pihak dalam kerajaan, tanpa menafikan peranan mana-mana komponen gabungan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan mencadangkan, kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu memperhalusi formula ini dan menjadikannya sebagai dasar pelaksanaan di semua peringkat pentadbiran, seperti yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.

“Formula ini bukan sahaja akan mengelakkan sebarang konflik dalaman, malah berpotensi untuk mengukuhkan perpaduan di semua peringkat, baik di negeri mahupun Persekutuan.

“Ini selaras dengan saranan cadangan Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, agar formula jalan tengah diwujudkan untuk memperkukuh kesinambungan Kerajaan Perpaduan dan memastikan setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan diberikan peranan yang sewajarnya,” syor Ammar dalam kenyataan medianya, pada Khamis.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional itu menyatakan, dengan menginstitusikan dasar ini di semua peringkat, beliau yakin bahawa Kerajaan Perpaduan dapat memperkukuh perpaduan, menstabilkan politik, dan mengekalkan keyakinan rakyat.

“Sinergi ini, jika diperkukuhkan, akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, taraf hidup rakyat yang lebih baik, serta negara yang lebih harmoni dan madani,” katanya.

Ammar berkata demikian merujuk kepada kemenangan berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dan DUN Mahkota adalah manifestasi jelas sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Ia mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pertumbuhan ekonomi yang pesat, lonjakan pelaburan, pengukuhan kebajikan rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan hari ini,” katanya.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis