Pelaburan Oracle tingkatkan daya saing global syarikat PKS

KEDUDUKAN Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara tidak dapat disangsikan lagi apabila empat syarikat besar dunia mula menunjukkan keyakinan terhadap potensi pelaburan di Malaysia.

Sebelum ini media melaporkan, Oracle mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur sebanyak AS$6.5 bilion (RM27 bilion) bagi mewujudkan wilayah awan awam pertama di Malaysia sekaligus memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada “Oracle Cloud Infrastructure” (OCI).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, pelaburan bernilai RM27 bilion (AS$6.5 bilion) ini sudah pasti dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan daya saing global syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Pelaburan ini akan membolehkan syarikat Malaysia terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memanfaatkan teknologi AI dan awan termaju dalam meningkatkan daya saing mereka bersama syarikat-syarikat global.

“Ia juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) iaitu untuk menwujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Tambah Zafrul, keputusan Oracle untuk menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia juga menyerlahkan keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan