Pelaburan syarikat teknologi global bukti keyakinan terhadap kestabilan negara

PELABURAN daripada syarikat teknologi seperti Google, Microsoft, AWS (Amazon Web Services), dan Oracle dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan pelaburan ini, terutamanya dalam sektor teknologi dan infrastruktur digital, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan KDNK negara ke arah mencapai unjuran 4 hingga 5 peratus pada tahun 2024.

Perjalanan Malaysia menjadi sebuah destinasi pelaburan digital terulung ini semakin terserlah apabila syarikat-syarikat teknologi digital global mula menunjukkan keyakinan terhadap pelaburan di Malaysia.

Pada tahun 2023, Amazon Web Services (AWS) telah mengumumkan untuk melabur sebanyak RM25.5 bilion (kira-kira AS$6 bilion) sehingga tahun 2037 bagi membangunkan AWS Region baharu di Kuala Lumpur, yang akan merangkumi tiga Availability Zones di mana ia berupaya untuk menyumbang kira-kira RM57.3 bilion kepada KDNK Malaysia menjelang 2037.

Pelaburan ini bertujuan untuk meningkatkan akses perniagaan tempatan kepada perkhidmatan awan, memperbaiki keupayaan penyimpanan data, dan mengurangkan latensi bagi pengguna di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.

Seterusnya, pada Mei 2024, selepas 32 tahun beroperasi di Malaysia, Microsoft telah mengumumkan pelaburan terbesar sebanyak RM10.5 bilion (AS$ 2.2 bilion) di Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur pengkomputeran awan.

Kemudian, pada September 2024 pula, Google mengumumkan pelaburan RM9.4 bilion untuk membangunkan pusat data dan kawasan Google Cloud di Kuala Lumpur, yang mana bertujuan untuk memperkuat sektor perkhidmatan dan pembuatan Malaysia dengan teknologi AI.

Terbaharu, pada Oktober 2024, Oracle mengesahkan pelaburan besar sebanyak RM27 bilion (AS$6.5 bilion) untuk membina kawasan awan awam pertamanya di Malaysia yang mana bertujuan untuk membantu syarikat dan agensi kerajaan Malaysia memanfaatkan teknologi AI dan infrastruktur awan untuk meningkatkan daya saing global.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan