Kesepakatan parti dalam PN kian longgar – Shamsul Iskandar

GUA MUSANG – Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa kesepakatan dalam kalangan parti yang menganggotai Perikatan Nasional (PN) kini semakin longgar.

Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi gabungan parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Mahkota.

Beliau berkata, pada masa sama, parti komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) pula dilihat semakin serasi dengan parti-parti politik yang bersama-sama PH membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk UMNO.

“Saya fikir rakyat boleh menilai hasil kerjasama (PH-Barisan Nasional) yang mantap di peringkat akar umbi ini walaupun terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan keberadaan PKR dalam PH-BN.

“Kesepakatan ini dapat diterjemahkan dengan kemenangan besar di PRK DUN Nenggiri serta majoriti yang melebihi jangkaan disasarkan parti di DUN Mahkota,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Gua Musang di Dewan Kompleks Perdana di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan adalah satu agenda politik yang stabil.

Related Posts

Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menjadi kenangan istimewa buat Abu Rayyan yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 bersama ibu bapanya. Bagi Hazirah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

PUTRAJAYA – Pokok bunga hiasan pentas utama Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menjadi ‘sasaran’ pengunjung apabila sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang membawanya pulang sebagai kenang-kenangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun