Faham Malaysia Madani, Sabah Maju Jaya, persediaan belia jadi pemimpin

KOTA BELUD – Belia Sabah diseru untuk lebih memahami dasar Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya sebagai persediaan menjadi pemimpin di masa akan datang.

Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abd Wahab Sidek berkata, selain memahami dengan baik dasar pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, belia juga harus bersikap lebih cakna dalam mempelajari sejarah politik bagi negeri berkenaan.

“Untuk menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang, belia Sabah harus mengetahui sejarah politik negeri ini dan memahami dengan lebih mendalam.

“Belia Madani harus mempunyai ciri-ciri dinamik dan hebat agar Malaysia dan Sabah ini memperoleh masa depan yang terbaik.

“Persediaan ini amat penting bagi memastikan politik di Malaysia ini berada dalam keadaan yang stabil demi kesejahteraan pembangunan rakyat, terutamanya di masa hadapan,” katanya.

Beliau yang mewakili Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Simulasi Demokrasi dan Kepimpinan Belia Sabah Siri Tiga di Dewan Tertutup R&R Kota Belud, di sini pada Khamis.

Program anjuran Kementerian Belia dan Suka Sabah buat kali ketiga yang disertai seramai 60 belia itu bertujuan menekankan hala tuju dalam membina negara bangsa yang lebih memahami alur sejarah dan peranan belia dalam kepimpinan kerajaan berdemokrasi.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017