Bersatu nafi Azmin punca PN kalah di Mahkota

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak menuding jari kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa menjadi punca kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, Johor, minggu lalu.

Ahmad Faizal berkata, Mohamed Azmin selaku Pengarah Pilihan Raya PN telah menyediakan jentera terbaik sepanjang kempen calon PN, Haizan Jaafar.

Menurutnya, PN menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan akan berusaha lebih gigih untuk memperkemas jentera pilihan raya pada masa akan datang.

“Kita menerima keputusan itu atas semangat demokrasi yang kuat. Dalam kalangan rakan PN, kita akan berusaha lebih gigih lagi untuk memperkemas jentera.

“Segala yang dialami dalam PRK Mahkota akan diambil sebagai iktibar dan insya-Allah pada masa mendatang akan meneruskan perjuangan hingga diterima rakyat,” katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal terdapat dua pemimpin pembangkang mendakwa Mohamed Azmin menyumbang kepada kekalahan gabungan itu dalam PRK Mahkota.

Memetik sumber yang enggan dinamakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu didakwa tidak melakukan tugas dengan baik dalam menggemblengkan jentera gabungan PN.

Dakwanya, pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan petugas pilihan raya gabungan itu di luar Johor ketika melaksanakan kempen.

Related Posts

Dulu fitnah lawan politik, kini Pas menghina sahabat Nabi SAW

SEMAKIN hari, semakin sukar untuk menafikan bahawa sebahagian budaya politik Pas hari ini bukan lagi bergerak atas amanah ilmu, fakta dan data, akhlak Islam atau integriti politik, tetapi semakin tenggelam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang gesa pihak berkuasa agama siasat Nik Zawawi

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa pihak berkuasa agama menyiasat iktikad Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi dibuatnya terhadap sahabat nabi Muhammad SAW,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat