Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu dalam proses penilaian – Karim Hamzah

KUCHING – Projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu masih dalam proses penilaian.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, kajian awal mengenai lapangan terbang tersebut masih dalam peringkat awal.

“Walaupun saya tahu butiran mengenai projek tersebut, saya perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Premier Sarawak (Abang Johari),” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Festival ‘What About Kuching’ (WAK) 2024: Call of the Tribes (COTT) di The Old Court House pada Selasa.

Sementara itu, Karim berkata beberapa lokasi yang dikenal pasti untuk projek pembinaan lapangan terbang Kuching baharu tersebut.

“Kita perlu mengambil kira beberapa faktor seperti rupa bentuk bumi, keadaan angin dan tempat strategik,” ujar beliau.

Tambah beliau, projek tersebut perlu mengambil kira faktor persekitaran kerana sangat penting untuk membina lapangan terbang baharu tersebut.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil