MyPCVE: Bukti kerajaan pastikan keselamatan negara pada tahap tertinggi – KDN

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam (KDN) menyambut baik Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024-2028 (Malaysia Action Plan On Preventing And Countering Violent Extremism – MyPCVE) yang diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelan ini merupakan manifestasi jelas kerajaan di bawah pimpinan Kementerian Dalam Negeri yang sentiasa komited memastikan keselamatan negara berada pada tahap tertinggi.

Ujar beliau, lebih penting, pelan ini selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan setiap negara anggota memiliki pelan tindakan tersendiri, khususnya dalam menangani isu fahaman pelampau dan keganasan.

“Usaha ini membuktikan Malaysia sentiasa berada di hadapan dalam memperkukuhkan keselamatan serta memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

“MyPCVE mengandungi empat teras utama yang menggunakan pendekatan bersepadu ‘soft approach’ dan ‘hard appproach’ iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.

“Setiap teras mempunyai fokus strategik yang menggariskan inisiatif untuk dilaksanakan oleh semua pihak termasuklah agensi penguat kuasa, penggubal dasar dan pelaksana dengan usaha kolaboratif bersama pertubuhan masyarakat sivil seperti ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi penyelidikan dan masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Saifuddin lagi, komitmen kerajaan terhadap pencegahan sebarang bentuk ekstremisme dan keganasan amat dihargai, dan ia menjadi langkah penting dalam mewujudkan sebuah Malaysia yang lebih selamat, berdaya tahan, dan sejahtera untuk generasi masa depan.

“Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini,” ucap beliau.

Pada 30 September lalu, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah Dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) untuk melengkapi usaha tuntas membanteras aktiviti serta ideologi pelampau keganasan di dalam negara.

Pelan tindakan tersebut dibangunkan untuk menyelaras tindakan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan bersandarkan kepada empat teras iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.

Ia menekankan isu ancaman fahaman pelampau keganasan secara holistik, merangkumi fahaman pelampau politik dan perkauman, sosial, agama dan elemen luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pelancaran pelan tindakan itu berkata, pelan tersebut perlu dilaksanakan secara tegas dan didedahkan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila kini terdapat anasir dalam negara yang menggunakan elemen perkauman untuk menggugat keamanan.

“Siapa sangka bila kita capai kemerdekaan pada 1957, semua terima; Melayu, Cina, India dan kemudian pada 1963 bersama Sabah dan Sarawak, dan tercetus peristiwa 13 Mei (pada 1969).

“Kita tahu pendebatan dan perusuhan kaum melalui kenyataan politk tahun-tahun sebelumnya, terutama dekat pilihan raya, kini sudah sampai ke satu tahap yang sangat sengit dan bahaya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, MyPCVE juga perlu ditelaah, dihadam dan dilaksanakan supaya pihak berkuasa dapat mengenal pasti motif sebenar di sebalik setiap fahaman pelampau atau serangan keganasan yang berlaku.

“Masalah kita adalah obsesi terhadap keganasan tanpa memahami isu pokoknya. Kita menangani masalah keganasan, tapi kita tidak faham punca dan latar belakang di sebalik suatu isu itu,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil