Ayah Rafida kongsi kisah sebalik karung guni tular

SANDAKAN – Oleh kerana karung guni, tidak sangka jadi tular.

Demikian reaksi Zaiddin Hamid, 46, ayah kepada Rafida ketika diminta menceritakan kisah di sebalik gambar karung guni milik anaknya yang tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular itu, anaknya yang menggunakan karung guni ketika pendaftaran kemasukan pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menurutnya, faktor barang yang banyak serta mengelakkan barang tercicir menjadi sebab utama dia memilih untuk menggunakan karung tersebut.

“Kami naik bas dari Sandakan selama enam jam, banyak barang yang perlu dibawa.

“Dia ada bagasi, cuma dia mahu masukan baldi, tong sampah, bantal dan selimut.

“Jadi saya bagitahu sebaiknya diletakkan sekali dalam karung senang untuk angkat barang.

“Lagipun, tenaga anak saya tidak kuat untuk angkat semua barang itu.

“Jadi saya masukkan separuh barang itu ke dalam karung. Jika diasingkan, risau barang anak tercicir,” katanya ketika ditemui di rumahnya, Kampung Sim-sim, di sini pada Selasa.

Jelasnya, niat gunakan karung guni adalah bagi memudahkan anaknya membawa barang-barang keperluannya yang banyak untuk sesi pendaftaran.

“Pak cik tidak minta ’viral’ malah anak saya merasa segan dengan perhatian yang diterima.

“Jika pak cik tahu, pak cik tidak akan gunakan karung tetapi kami tetap bersyukur untuk semua yang berlaku,” ujarnya.

Zaiddin turut berkata, segala proses bantuan pendidikan sudah diuruskan oleh pihak kerajaan antaranya dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan juga Bantuan Pendidikan (BAKTIDESA) dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur dengan semua bantuan yang diberikan kepada anak saya juga termasuk pihak yang menghubungi untuk menawarkan anak saya memohon biasiswa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga merakam ucapan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas bantuan dan keprihatinan kerajaan terhadap golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Zaiddin berharap agar anaknya kekal tinggal di asrama kerana faktor pengangkutan dan kos sewa yang tinggi.

Menurutnya, jika tinggal di asrama bukan sahaja memudahkan pengangkutan ke lokasi pengajian, tetapi juga membantu menjimatkan kos.

“Dengan tinggal di asrama, anak saya dapat fokus pada pelajaran tanpa perlu bimbang tentang perjalanan harian yang memakan masa dan duit,” katanya.

Related Posts

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin