Kerajaan Johor komited pelihara kelestarian alam

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius isu perubahan iklim negara yang mana ia mampu memberikan kesan kepada alam sekitar, tenaga, teknologi dan pelbagai lagi.

Justeru, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC), Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, gemblingan kerjasama agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri diperlukan bagi menangani fenomena global ini.

Katanya, perubahan iklim kini dianggap sebagai masalah global sangat memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak dalam usaha memacu dan menjadi peneraju agenda kelestarian di peringkat serantau.

“Dalam menangani masalah ini, JSC menggariskan lima tonggak bagi agenda ‘Johor Green Deal’ untuk diberi perhatian oleh semua pihak meliputi sistem tenaga, pengangkutan, penggunaan tanah dan air, bandar rendah karbon serta industri.
 
“Kelima-lima tonggak berkenaan disifatkan sebagai rangka kerja holistik berpotensi mengangkat agenda kelestarian ke satu tahap lebih tinggi seterusnya menjadikan Johor sebagai negeri yang lestari sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan merancakkan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Kolaborasi Kemampanan 2024 (GUCI) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri, semalam.

Seminar menghimpunkan wakil pihak kerajaan, universiti, komuniti dan industri itu turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Dr Badrul Hisham Kassim.
 
MBIP turut menyatakan komitmen memperkukuh serta menggalakkan budaya kelestarian dalam kalangan masyarakat menerusi siri penganjuran program yang menarik penglibatan peserta bergiat aktif dalam kegiatan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG).

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program penanaman pokok bakau di pantai Parit Kasim, Muar sebagai usaha mengawal perubahan iklim di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 4,000 batang pokok telah ditanam sebelum ini dan pada hari ini, 1,000 pokok bakau turut ditanam lagi di kawasan sama.

Menurut beliau, lokasi itu dipilih berikutan penduduk di sekitar itu memaklumkan berlaku perubahan landskap apabila hampir 200 meter kawasan hutan bakau di situ telah ditenggelami air sejak 20 tahun lalu.

Related Posts

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Kira-kira 10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah setakat tahun ini, termasuk seorang kontraktor dan tiga penjawat awam. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan