Pengurusan UMS, UiTM Sabah diarah kenal pasti pelajar kurang mampu

KOTA KINABALU – Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah diarah untuk mengenal pasti segera pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata pihaknya komited memastikan kebajikan pelajar terjaga sepanjang pengajian berdasarkan pegangan ‘no student should be left behind’.

Katanya, beliau banyak menerima mesej dan mengambil maklum mengenai cabaran dihadapi sebahagian siswa yang baharu berdaftar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara.

“Salah satu kes yang benar-benar menyentuh hati saya ialah kisah adik Rafida Zaiddin dari Sandakan yang mendaftar di UMS, Kota Kinabalu membawa karung guni sebagai bagasi.

“Ini menunjukkan kecekalan dan kuatnya semangat adik Rafida untuk menyambung pengajian walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya dalam satu hantaran rasmi di Facebook, pada Ahad.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengingatkan pelajar yang bakal mendaftar di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) agar menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

“Jangan ragu dan segan untuk menghubungi Bahagian HEP kerana pelbagai bantuan Kementerian sediakan mengikut keperluan anak-anak semua. Tinggal kenal pasti dan mohon. InsyaAllah ada penyelesaiannya.

“Teruskan semangat menuntut ilmu, percayalah usaha dan pengorbanan ini akan membuahkan hasil. Selamat maju jaya dalam pengajian. Kami di KPT sedia membantu,” ujarnya.

Pada Ahad, gambar beg guni yang digunakan sebagai bagasi didakwa milik Rafida semasa mendaftar di UMS tular di media sosial telah mendapat perhatian warganet termasuk Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP