Abang Johari akui mudah bekerjasama dengan Perdana Menteri

KAPIT – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluahkan rasa senang bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua kerajaan ini dizahirkan dengan menunaikan permintaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kerana banyak membantu pihak kita,” kata beliau.

Tambah beliau, Anwar juga banyak membantu usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

“Saya yakin dan percaya menjadikan mudah berkerjasama dengan Perdana Menteri kita,” kata beliau lagi.

Abang Johari berkata, sikap bersatu padu menyokong dan merancakkan pembangunan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Rumah Panjang Robert pada Ahad.

Sementara itu, Abang Johari percaya hubungan yang baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dapat merancakkan pembangunan Sarawak.

“Saya percaya kehadiran Perdana Menteri ke Kapit tidak membawa tangan kosong sebaliknya membantu kerajaan Sarawak meningkatkan infrastruktur di Kapit,” kata beliau lagi.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak