PRK Mahkota: Nasib Syed Hussien, Haizan ditentukan hari ini

KLUANG – Pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka hari ini selepas tempoh 14 hari berkempen tamat tengah malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 61,397 pengundi layak mengundi di 20 pusat membabitkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang.

Selepas 14 hari berkempen, kini calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar menyerahkan ‘nasib’ mereka kepada pengundi.

Di atas kertas, Syed Hussien dilihat mempunyai kemampuan dalam mempertahankan kerusi tersebut, apatah lagi beliau mendapat sokongan daripada jentera BN yang turut dibantu oleh rakan-rakannya dalam Kerajaan Perpaduan.

Keperibadiannya yang mesra, menghormati dan disenangi serta telah lama dikenali oleh masyarakat Kluang memberi kelebihan kepadanya.

Bukan sahaja dalam kalangan golongan muda dan belia, malah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu turut disenangi oleh golongan berusia, termasuk dalam kalangan para peniaga yang suatu ketika dahulu pernah membantu keluarganya menjaja di pasar malam.

Malah, kepetahannya bertutur Bahasa Mandarin kerana turut mendapat awal di sekolah Cina membuatnya mesra dan mudah berinteraksi dengan kaum Tionghoa.

Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana manakala Mohamad Haizan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca di bandar Kluang pagi ini adalah baik, namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang dengan suhu antara 23 hingga 33 darjah Celcius.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.

PRK DUN Mahkota ialah PRK keempat tahun ini selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan PRK DUN Nenggiri (Kelantan).

DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital