Calon BN DUN Mahkota selesai buang undi

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah, selesai menjalankan tanggungjawab dengan membuang undi pagi tadi.

Beliau yang tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana di sini, pukul 8.54 pagi itu berjaya melaksanakan tuntutan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk DUN Mahkota kira-kira 10 minit kemudian.

“Alhamdulillah saya dah selesai mengundi pada pagi ini, keadaan terkawal dan semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga lancar.

“Saya harap ia kekal sehingga petang ini sebelum proses mengundi ditutup.

“Saya menyeru buat semua pengundi juga untuk sama-sama tunaikan tanggungjawab kerana inilah masanya untuk kita semua membuktikan amalan demokrasi,” katanya ketika ditemui.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK pada hari ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital